peRmata penyeRi.. =)

Thursday, 26 July 2012

Hadith of the day #1 - Sedekah

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. 

Dari Amru bin Auf r.a katanya, Rasulallah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya sedekah seseorang islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah S.W.T pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)". 

- Hadis riwayat Bukhari



Subhanallah, sesungguhnya sangatlah besar pahala bagi orang yang bersedekah. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni ayuhlah kita sama-sama amalkan budaya bersedekah. Tak luak pun rezeki kita kalau kita bersedekah, malah Allah S.W.T melipatgandakan lagi rezeki kepada kita, InsyaAllah.

Apa salahnya kalau kita berkongsi rezeki yang kita dapat dengan orang lain especially dengan orang-orang yang tidak berkemampuan. Tak banyak, sikit pun jadi lah yang penting kita ikhlas.

p/s : Ingat, kat dunia ni kita bukan tinggal sorang-sorang, so kena la peka kepada mereka yang tidak bernasib baik. Tak semua orang dapat apa yang kita dapat. Syukur lah dan kongsi bersama mereka. Jom sedekah.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 tulip keRdil. All Rights Reserved.