peRmata penyeRi.. =)

Tuesday, 12 June 2012

Terimalah ketentuan Allah S.W.T

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Astaghfirullahhalazim da dekat setengah tahun da rupanya aku tak update blog ni..hmm very bad :(



cuaca indah pagi ni telah menggerakkan jari jemariku untuk aku menaip sesuatu untuk dikongsi bersama. Alhamdulillah.. ok proceed..

Allah S.W.T  berfirman:
"Tiada sesuatu bencana pun yang menimpa dibumi dan (tidak pula) pada diri kamu kecuali telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu tidak berputus asa atas apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangkang." - (surah Al-Hadid: 22-23)



Allah S.W.T  berfirman:
"Adakala kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Adakala kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - (Surah Al-Baqarah: 216)

Ketenangan hati ketika ditimpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada' dan qadar. Apatah lagi jika si hamba mengetahui bahawa Allah S.W.T Maha Lembut terhadap hamba-Nya dan menghendaki kemudahan untuk mereka. Dan Dia Maha Bijaksana dan Maha Tahu. Dia menyimpan di akhirat dan memberi habuan yang cukup bagi mereka yang bersabar tanpa perhitungan. Hal ini, jika direnungkan, maka akan mengubah kesedihan menjadi kesenangan dan kebahagiaan. Namun tidak semua orang kuat bersikap seperti ini.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat menghadapi musibah dengan selamat:

  1. Cubalah bayangkan musibah yang lebih besar dan lebih buruk dari yang sedang dialami.
  2. Cubalah bayangkan orang lain yang sedang ditimpa musibah yang lebih besar dari yang sedang dialami.
  3. Pandanglah nikmat-nikmat yang diberi kepada kita tetapi tidak diberi kepada orang lain.
  4. Jangan sekali-kali menyerah dengan kegagalan yang berlaku sekalipun kedatangannya bersama kesusahan dan malapetaka.


*perkongsian ini dipetik dari buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia oleh Dr, 'Aidh Abdullah Al- Qarni.

p/s: cara paling berkesan untuk memberi kebahagiaan kepada orang lain adalah dengan menghadiahkan senyuman yang ikhlas. (^_^)v


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 tulip keRdil. All Rights Reserved.