peRmata penyeRi.. =)

Saturday, 21 January 2012

Manusia + Merungut = serasi. Benarkah???

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Betul ke manusia ni suka merungut?? Ok aku tak nak ambil skop yang besar sebab mungkin ramai orang yang tidak setuju kalau cakap manusia ni suka merungut..manusia 1 dunia suka merungut?? Mungkin.. eh tak kot..haha aku pun xtau lah..huhu. Aku kecikkan sedikit skop kepada manusia melayu (orang melayu lah).




Adakah benar orang-orang kita ni suka merungut?? Jawapan dia adalah YA..TIDAK??kenapa tidak?? Jawapan dia adalah YA. Owh ok, kamu memang tidak, tapi tahukah kamu, kamu adalah dalam golongan minority.. kebanyakan orang kita memang suka merungut. Cuba kita ambil sedikit masa dan perhatikan gelagat orang – orang sekeliling kita tak pun kita sendiri. Cuba fikir dalam sehari tu pernah ke kita tak merungut??



Kenapa merungut?? Mungkin nak cari kesempurnaan, tak pun kepuasan diri, ada juga orang cakap merungut ni adalah luahan perasaan. Benarkah??? Hmm.. =.=

Aku tak rasa hamba Allah yang suka merungut ni sebab nak cari kesempurnaan terhadap sesuatu. Tapi bagi aku hamba Allah yang semacam ini adalah golongan hamba Allah yang tidak tahu bersyukur.  Kenapa aku cakap macam tu?? Ok, mana taknya, ada saja benda or perkara or pape je yang semacam tidak kena (tak berkenan) pada pemikirannya tak pun yang tak kena dimatanya, mulut dengan ringannya terus membuat kritikan, tapi bagi aku  MERUNGUT la tu.



Cuaca panas  merungut, hujan pun merungut, banyak kerja/assignment merungut, gaji/loan/elaun masuk lambat merungut, mak mintak tolong sikit pun merungut. Ahh boleh dikatakan semua benda lah nak dirungutnya. Kenapa?? Hahaha (tepuk dada tanya iman)

Ok da. Cukup. Banyak-banyak nanti membebel (omelan yang ntah apa-apa) pulak..hehe



“Apapun emosi anda yang dijaga dengan baik, ia akan tumbuh menjadi lebih kuat dan akhirnya menang. Jika anda menjaga dengan positif, anda akan menjadi positif. Begitu juga sebaliknya, dan bermulalah satu pembinaan habit negatif yang boleh menimbulkan kanser yang membawa padah” - Dr. Ali Qassem


p/s: sekadar ingatan untuk semua yang baca entry ini. Especially diri sendiri yang juga tidak terlepas dari MERUNGUT..

2 comments:

  1. nice entri,, merungut ni cam ape jerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesona Algebra: thanks. hehe 2 la kekadang tanpa sedar kita da merungut.. :)

      Delete

Copyright © 2011 tulip keRdil. All Rights Reserved.