peRmata penyeRi.. =)

Tuesday, 24 January 2012

Damba Kasih..

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu..

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..



p/s: actually lagu (nasyid) ni by In-team.. lirik ni amat terkesan dihati aku..
so hayati lah dengan mata hati..

3 comments:

  1. Saya peminat setia nasyid :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikri: Alhamdulillah, sy pn..xramai yg minat nasyid zman skng ni kn..heh

      Delete
  2. suka lagu ni ... damba kasih by inteam, album dia masih tersimpan rapi

    ReplyDelete

Copyright © 2011 tulip keRdil. All Rights Reserved.