peRmata penyeRi.. =)

Saturday, 31 December 2011

Jangan hanya menerima


Assalamualaikumu warahmatullah hiwabarakatuh..

Hari ini adalah hari terakhir dalam calendar masihi tahun 2011. So cuba fikir balik apa yang kita da dapat, da capai sepanjang tahun ni.. Hmm pencapaian terbaik kah?? atau ok-ok je kah?? atau sebaliknya, sama sahaja macam tahun-tahun sebelumnya?? Ok aku tinggalkan korang dengan persoalan tu.. renung-renungkan lah..hehe..



Aku bukan nak cakap pasal tahun baharu or azam tahun baharu ke ape. Aku cuma terfikir, kekadang tu terlintas di benak (kepala otak) aku tentang kenapa kita especially orang-orang melayu ni suka sangat menerima tanpa banyak tanya. Bak kata cikgu aku absorb je semua. Ok, tak payah cerita sapanjang tahun dulu-dulu la, kita ambik contoh tahun 2011 ni je. Sepanjang 2011 ni yang korang sudah sedia maklum banyak gile lagu-lagu baharu yang keluar.. artis nya tak payah cakap lah.. Rancangan-rancangan kat tv, nak-nak lagi rancangan reality tv tuh..huhh.. jenuh la kalau nak kira satu persatu. Fashion?? Sendiri mau ingat la..huhu.  Example?? Tak payah.!! korang memang da sedia maklum.huhu~



Aku tak nafikan memang ada rancangan-rancangan kat tv tu yang elok, yang bagus.. tapi berapa kerat sangat kalau nak dibandingkan dengan yang tak berapa bagus, yang ntah apa-apa tu.. Lagu? Pun sama. Berapa kerat sangat yang minat and suka and selalu dengar lagu-lagu nasyid or lagu-lagu yang memberi nasihat (berunsur dakwah or Islamic) kalau nak dibandingkan dengan lagu-lagu barat, korea, Hindustan and sewaktu dengannya??

Tak salah nak dengar lagu-lagu tu semua, tapi tau ke kita apa lirik disebalik lagu yang kita duk nyanyi-nyanyi tu?? Pernah ke kita kaji lirik-lirik tu semua?? Kalau  bagus, baik, ok takde hal, takde masalah go ahead dengar je.. tapi jangan sampai melalaikan da la..hehe.

Aku bukan apa rasa terpanggil nak cakap pasal beda ni. Da banyak sangat lagu-lagu yang berunsur negative. Ada sesetengah lagu tu siap puja tuhan dorang lagi. Kita pulak yang tak berapa nak paham ni, follow je.. so ape cerita??? Dalam masa yang sama kita duk puja tuhan dorang sekali?? Apa kes??? Mintak dijauhkan la..

*Cet .. cakap je pandai aku ni. Tengok kat blog ni lagu orang kafir jugak.. (adess terkena batang hidung sendiri pulak..hehe.) nanti aku kaji dulu lagu ni..kalau tak bagus aku tukar ea..hehe.




p/s: Semoga kita semua berada dalam kalangan orang-orang yang dilindungi.. InsyaAllah


2 comments:

  1. berhibur tiada salahnya,
    kerna hiburan itu indah,
    hanya pabila salah memilihnya,
    membuat kita jadi bersalah.

    (lagu Raihan)

    p/s: omo3. i like rukia too~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanabyte: yup btl 2..so berhati-hatilah dlm membuat pilihan hehe ^^v

      Delete

Copyright © 2011 tulip keRdil. All Rights Reserved.