peRmata penyeRi.. =)

Saturday, 24 September 2011

suami IDAMAN isteri (^_^)v

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Da agak lama aku tak update blog ni.. thanks to kawan2 yang sudi datang melawat. tak lupa juga yang sudi follow..hee  ^ ^ 

Erm ari tu aku ada terbaca dalam majalah berkaitan tajuk kat atas tu.. rasa cam best je.hehe.. so aku nak share ngan korang2 especially untuk bakal2 suami ..huu ~ ~

Sume orang mesti ada rasa nak kawin kan? kan? kan??haha mesti la kan.. and sume pun mesti la nak rumah tangga yang bakal dibina tu bahagia right? hehe.. ok, untuk itu bakal2 suami ni perlu la tahu apa yang membuatkan bakal2 isteri ni senang dalam kehidupan berumah tangga tu nanti..(sebagai persediaan la kan..hii)



Antara sikap and sifat yang disukai seorang isteri dari suaminya adalah seorang suami yang penuh pengertian. Seorang isteri ni senang diperhati dan didengari. Dia senang suaminya memahami dan mengerti dirinya, suka dukanya dan ceria atau sedihnya. pendekkan cerita dia senang suaminya mengetahui perasaannya la..hehe.. da la xmau terangkan panjang2..lagi pun mesti korang tau kan..huu



Ok next adalah setia. Kesetiaan adalah syarat utama cinta sejati hee. Seorang isteri ni inginkan cinta suaminya itu hanya untuknya. Cemburu juga adalah sebahagian daripada cinta. Sapaan sayang ditengah kesibukan, walaupun hanya  2 minit kata2 yang disampaikan melalui telefon ataupun SMS akan menjadi pengukuh kepercayaan.. :)

Seterusnya sabar dan pemaaf.  seorang isteri sangat bersyukur jika suaminya mahu menerima dirinya seadanya. Suaminya mampu memaaf dan bersabar atas kekurangan yang ada pada dirinya.



Seorang isteri senang melihat suaminya sentiasa berteguh hati dan bersemangat dalam menyelesaikan pelbagai tugas dan amanah.

Seorang isteri senang jika suaminya mengekspresikan cinta dan kasih sayang di rumah. Dia suka jika suaminya romantis.

Seorang isteri senang jika suaminya sentiasa rapi dan wangi. seorang isteri suka suaminya berperwatakan kemas. Rapi menata rambut dan berpakaian, bahkan dalam suasana santai.. Selain itu ceria dan ramah. Senyum ceria dan keramahan amat dihajatkan seorang isteri.. senyuman itu ibarat angin sejuk yang mendamaikan hatinya..hee



Last sekali adalah seorang isteri sangat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pemimpin yang melindungi. Isteri perlukan perlindungan yang membuatnya sentiasa tenteram. Ia juga menyukai sifat kepimpinan pada suaminya.

hehe ok dah.. daaa ~ ~



p/s: semoga rumah tangga yang bakal dibina akan menjadi aman dan bahagia.. "keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah" (^_^)v



4 comments:

  1. giler ah..
    kesemua ciri-ciri diatas ada pada aku..
    cayalah CayZal...

    ReplyDelete
  2. CayZal: uh??Alhamdulillah hahaha :p

    ReplyDelete
  3. nice....gudluck smoge jumpe pasangan tu kelak..xD

    ReplyDelete

Copyright © 2011 tulip keRdil. All Rights Reserved.