peRmata penyeRi.. =)

Friday, 8 July 2011

PERCATURAN POLITIK SYAITAN

A’uzubillahi minasy syaithonir rojiim..
Bismillah hirrahmanirrahim..

Aku tetibe rasa terpanggil untuk berkongsi pasal tajuk di atas untuk renungan bersama..^ ^
Tersebut dalam kitab Al-Arais karangan Abi Ishak, halaman 29 (ha muka surat pun bagi..hehe)..kalo nak cari or nak dapatkan kitab ni, erm pandai2 lah..aku pun xtau kat mana ada jual & ada lagi ke takde aku pun xpasti..huhu..

ok berbalik pada apa yang aku nk kongsikan ni..

Maksudnya: Diceritakan bahawasanya iblis berkata kepada Tuhannya..

Iblis: Hai Tuhanku, telah Engkau laknat akan daku dan telah Engkau keluarkan aku dari dalam syurga dan telah Engkau jadikan aku daripada syaitan yang dilontar dan dicela, padahal kepada Bani Adam (anak cucu Adam) telah Engkau bangkitkan para Rasul, maka siapakah pula Rasul-rasulku?

ALLAH S.W.T: Rasul-rasulmu ialah tukang tenung.

Iblis: apakah kitab-kitab ku?

ALLAH S.W.T: Wasyam iaitu hikayat atau dongengan.

Iblis: Apakah hadisku?

ALLAH S.W.T: Hadismu ialah dusta.

Iblis: Apakah bacaanku?

ALLAH S.W.T: Bacaanmu ialah syair.

Iblis: Siapakah tukang azan (mu ‘azzin) bagiku?

ALLAH S.W.T: Mu ‘azzinmu ialah seruling, serunai (mizmar).

Iblis: Apakah rumahku?

ALLAH S.W.T: Rumahmu ialah tandas.

Iblis: Apakah masjidku?

ALLAH S.W.T: Masjidmu ialah pasar (pekan).

Iblis: Apakah makananku?

ALLAH S.W.T: Makanan yang tidak dibaca bismillah atasnya.

Iblis: Apakah minumanku?

ALLAH S.W.T: Minumanmu adalah minuman yang memabukkan.

Iblis: Siapakah pukatku (jaringku)?

ALLAH S.W.T: Jaringmu adalah perempuan.

                                             *********

Dari Wahab bin Munabbah, dia berkata: “ALLAH S.W.T. telah menyuruh iblis mengunjungi Rasulallah S.A.W. dan menyuruh iblis menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh Nabi S.A.W. kepadanya. Maka sampailah iblis di hadapan Rasulallah S.A.W. Iblis menjelma sebagai orang tua dan memegang sebatang tongkat.

Nabi Muhammad S.A.W: Siapakah engkau ini?

Iblis: Aku adalah iblis.

Nabi Muhammad S.A.W: Mengapa engkau datang kesini?

Iblis: Sesungguhnya aku telah disuruh Allah mengunjungi tuan dan aku dimestikan menjawab segala pertanyaan tuan.

Nabi Muhammad S.A.W: Hai iblis, berapakah musuhmu daripada umatku?

Iblis: Ada 15 jenis musuhku:
1. Engkau sendiri (Rasulallah S.A.W.).
2. Raja yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Saudagar yang jujur.
5. Orang alim yang benar manjunjung perintah Allah.
6. Orang mukmin yang selalu menasihati orang.
7. Orang mukmin yang pemurah.
8. Orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tetap dalam taubatnya.
9. Orang yang tidak suka pada benda yang haram.
10. Orang yang sentiasa berwuduk.
11. Orang mukmin yang banyak sedekahnya.
12. Orang mukmin yang baik budi pekertinya.
13. Orang mukmin yang menolong orang yang berhajat.
14. Pembawa Al-Quran yang selalu membacanya.
15. Orang mukmin yang asyik beribadat di malam hari sedang orang lain dalam tidur nyenyak.

Nabi Muhammad S.A.W: Siapakah sahabat-sahabatmu?


Iblis: Sahabat-sahabatku ada 10 jenis:
1. Sultan yang zalim.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Saudagar yang khianat.
4. Peminum arak dan tuak.
5. Orang yang selalu berkelahi.
6. Orang yang mengerjakan zina.
7. Orang yang makan harta anak yatim.
8. Orang yang meringankan solat.
9. Orang yang menahan zakat.
10. Orang yang menganggap dirinya akan berumur panjang.

Alhamdulillah tulah serba sikit apa yang aku dapat kongsikan kat sini daripada apa yang aku baca. Mudah-mudahan kisah ni jadi peringatan tuk kita sume..Erm sume ni aku baca dalam buku karangan Abu Ahmad Yasin. Tajuk buku ni adalah 40 senjata iblis beserta bala tanteranya.. hm ada masa or kelapangan nanti InsyaAllah aku akan kongsikan topic yang lain.. banyak lagi topic2 yang menarik yang terdapat dalam buku ni..apa yang aku kongsikan kat atas tu sikit je..

                                        ni la dia buku nye.. =)

p/s: kalo nak tau lebih lanjut aku sarankan korang beli je buku ni, mesti tak menyesal punye..huhu. lagi satu, aku rasa xsusah kot nak cari buku ni berbanding kitab yang aku sebut kat atas tadi hehe ^ ^

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 tulip keRdil. All Rights Reserved.