peRmata penyeRi.. =)

Wednesday, 4 March 2015

#14 ~ Wordless Wednesday #WW

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahim..



p/s: Buka mata hati untuk lebihkan melihat yang tersirat dari yang tersurat.

Monday, 2 March 2015

Keamanan yang diragut.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim..


kredit

Seperti biasa usai menyiapkan segala persiapan untuk rutin esok nya. Aku mulai merebahkan tubuh untuk direhatkan buat seketika sebelum menyambung nya lagi untuk hari seterusnya yang bernama esok. Itu juga kalau masih diizinkan Tuhan.

Mataku merayu rayu minta direhatkan juga sebagaimana tubuh dan anggota lain selain tangan yang masih lagi berdegil mahu bercengkerama bersama telefon pintar.

Maka aku turuti dengan lenang hati rayuan itu..aku tutup telefon pintar ku dan letakkan iye di sisi.. Walau masih ada bunyi bunyian tapi aku abaikan saja kerana mata ku sudah tidak lagi mampu bertahan.

Baru saja berangan untuk bermimpi yang indah indah..tiba tiba dengan kejam nya lenaku direntap tanpa belas. Lantas mataku terbuka.. Maka, lenyap sudah segala angan lena ku.

Telinga ku turut terganggu dengan ledakan dentuman yang kuat dari serata arah yang tidak ku tahu punca nya. 

Terkebil kebil aku sendirian dibilik yang gelap.. Mata ku masih lagi merayu minta direhatkan..tapi apa daya ku lena ku telah lari mungkin takut akan dentuman yang kuat itu..


kredit

Aku terfikir sendiri..mungkin inilah yang dirasai seluruh saudaraku yang jauh dipelosok sana yang kediaman nya bergolak kerana kedamaian mereka diragut kejam oleh penjahat penjahat yang berhati batu dan tidak punya peri kemanusiaan itu.

Bagaimana meraka laluinya sehari hari.. Sungguh tak dapat untuk aku bayangkan.. 

Mereka bukan saja terganggu dengan dentuman itu..dan dentuman itu juga bukan saja mengganggu enak lena tapi dentuman itu telah membadai kediaman mereka..melenyap hila tawa..meragut nyawa mereka..

kredit

Tanpa aku sedar ada air jernih yang mambasah dimata..

Semoga Allah gantikan kalian dengan kediaman yang jauh lebih indah disisi Nya di syurga Nya kelak..tabah lah wahai jiwa.. sesungguhnya Allah ada sentiasa bersama..

Wahai Tuhan..kuatkanlah hati kami dalam menempuh mehnah hidup ini..sungguh dunia ni tempat untuk berpenat dan rehat nya hanya bila disyurga Mu.

Terima kasih kepada kalian yang mengusir lena ku..

February 27, 2015 : 0132

Saturday, 28 February 2015

kau kawan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahim..

Entry ni aku tuju khas kepada seorang kawan juga merupakan sahabat, mungkin.

kredit

Aku kau bukanlah rapat sanagt, tidaklah selalu ada bersama tika senang mahupun susah.

Tika dilanda masalah juga aku bukanlah tempat yang kau tuju, begitu juga aku. Mungkin pernah tapi bukan kebiasaan.

Aku kau juga bukanlah selalu berhubung mata ke mata mahupun dalam talian.

Aku kau.. Ya, aku akui kita dalam dunia sedikit berbeza, punya kesibukan tersendiri dengan dunia sendiri. 

Jalan nya juga berbeza. Tapi aku tahu hala nya pasti sama. Ya. Hala yang sama.

Aku sangat hargai punya kenalan, kawan seperti kau. Ada pelajaran yang aku kutip dari kau. Terima kasih untuk itu.

Walau dalam diam.. hilang.. menyepi, kita tetap berhubung dalam doa masing masing. 

Syukur kepada Allah SWT hadirkan kau dalam kamus hidup aku. Alhamdulillah.

Kau.. harap kau kuat dalam meredah ranjau hidup ni, dunia ni hanya sebentar cuma, akhirat sana yang kekal abadi.. 

Semoga Allah SWT tunjukkan jalan Nya kepada kau.. aku juga.

Salam sayang..

Senyum..

p/s: kepada sesiapa juga yang baca ni aku mohon jasa balik kalian, luangkan sedikit masa berharga kalian untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah kawan aku. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan insan yang dikasihi Allah SWT. Al-Fatihan.. aamiin..


Wednesday, 25 February 2015

#13 ~ Wordless Wednesday #WW







p/s: more about Wordless Wednesday --> #WW

Sampai terhenti


Diajar aku merangkak,

Diajak aku berjalan,

Dibawa aku berlari..

Bila jatuh,

Diangkat aku bangun,

Dirawat luka luka,

Diajak lari lagi..

Jatuh lagi,

Aku luah rasa penat,

Aku luah hajat untuk tidak lagi.

Hanya mahu rehat diri.

Lantas,

Diberi aku senyum,

Disuruh aku bangun.

Katanya bukan waktu ini,

bukan disini.

Sampai masa akan rehat bersama,

disana.. sambungnya.

Senyum lagi

Hilang segala luah,

Senyap segala keluh.

Bersama terus berlari,

Sampai Tuhan kata berhenti.


- RM,  November 9, 2014 : 0249
Copyright © 2011 tulip keRdil. All Rights Reserved.